mutakhir

Konvokesyen pejuang kanser

Oleh Omar Ahmad

SERAMAI 24 pejuang kanser menerima penghargaan dan pengiktirafan dalam Majlis Konvokesyen Pejuang Hebat sempena Hari Kanser Sedunia 2020.

Majlis anjuran Pertubuhan Kebajikan Johor I Care itu turut mendapat sokongan Yayasan Kanser Tunku Abdul Jalil dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Pengasasnya, Latipah Sa’at, 56 yang juga pejuang kanser kolon sejak 12 tahun lalu berkata, konvokesyen itu adalah bagi meraikan mereka yang berjaya mengharungi kanser melebihi 10 tahun dan menyumbang sokongan kepada rakan senasib serta masyarakat.

“Saya percaya ini adalah majlis pertama seumpamanya yang diadakan kerana difahamkan tiada lagi penghargaan dalam bentuk konvokesyen kepada pejuang kanser dibuat.

“Oleh itu, mahu mereka dihargai dengan perjuangan melawan kanser. Kita juga mahu memupuk kesedaran dan memberi motivasi kepada pejuang kanser serta masyarakat, bahawa kanser bukan penghujungnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu di Johor Bahru, hari ini.

Penyampaian sijil disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan. Hadir sama Penaung Johor I Care, Datuk Adi Putra.

Disiarkan pada: February 15, 2020 @ 5:45pm
d