mutakhir

Pemandu negatif alkohol

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

PEMANDU Nissa Teana yang melanggar kereta peronda polis (MPV) di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, awal pagi tadi didapati negatif alkohol.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu kenyataan, memaklumkan dua anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Kelana Jaya ketika itu bertugas memberi bantuan kepada pemandu Proton Satria yang terbabit dalam kemalangan.

“Seorang penunggang motosikal turut menghulurkan bantuan.

“Kenderaan MPV polis yang dipasang lampu biru kemudian dilanggar dari belakang oleh Nissan Teana dipandu seorang lelaki.

"Pemandu Nissan Teana berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan ujian saringan air kencing dan alkohol didapati negatif," katanya.

Kenyataan itu memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita berkaitan

Pemandu mabuk langgar kereta polis

Disiarkan pada: February 16, 2020 @ 12:35pm
d