mutakhir

Rakan artis terkejut pemergian Ashraf

Oleh Jakarta

Jakarta: Pemergian suami Bunga Citra Lestari (BCL), Ashraf Sinclair, mengejutkan ramai rakan artis Indonesia, pagi ini.

Pelakon berusia 40 tahun itu meninggal dunia di sini, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Kompas melaporkan selebriti Indonesia merakamkan takziah di media sosial milik Allahyarham Ashraf dan BCL.

Pelakon Dian Sastrowardoyo meninggalkan pesan di akaun Instagram Ashraf @ashrafsinclair: "Semoga dipermudah semua urusannya, semoga dikuatkan keluarganya. Masih tidak percaya ini terjadi," tulis Dian disertai emoji menangis di akaun rasminya @therealdisastr.

"Inalilahiwainaillaihi rojiun semoga amal ibadah ash di terima Allah SWT, Allah mengampuni semua dosa-dosa Ash, dan dapat ditempatkan di surga Allah," tulis Bella atau pelakon Laudya Cynthia Bella yang juga isteri kepada Engku Emran

di akaun @laudyacynthiabella.

“Kabar yang menghancurkan. Kami mencintaimu, terima kasih atas kebaikanmu. Belasungkawa mendalam dan doa untuk semua keluarga. Semoga kamu mendapat tempat tertinggi di Jannah," tulis aktres Hannah Al Rashid di akaun @hannahalrashid.

Ramai rakan artis lain yang terkejut dengan pemergian Ashraf juga turut memuat naik ucapan takziah di akaun Instagram.

Antaranya, Yuni Shara, Cathy Saron, Luna Maya, Rionaldo Stokhorst dan Sandra Dewi.

Berita berkaitan

Ashraf Sinclair meninggal dunia

Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 9:13am
d