mutakhir

Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi

Oleh Najiy Jefri

PENGURUS kepada pelakon Ashraf Sinclair, Daysz Erlangga mengesahkan pelakon itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.51 pagi hari ini di Hospital MMC, Jakarta, Indonesia.

Daysz ketika dihubungi berkata, dia amat sedih dengan pemergian Ashraf yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL.

“Dengan rasa sedih, saya mengumumkan kehilangan suami kepada BCL dan ayah kepada Noah Sinclair,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia dalam tidur dipercayai akibat serangan jantung.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi adik kepada Ashraf yang juga penyampai radio, Aishah Sinclair tidak berjaya.

Difahamkan, Aishah dan ibu bapa mereka sudah berlepas ke Jakarta awal pagi hari ini.

Ashraf mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Berita Berkaitan

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf
  • Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 9:19am
    d