mutakhir

Jenazah Ashraf dibawa ke rumah

Oleh Agensi

JENAZAH pelakon Ashraf Sinclair yang juga suami kepada Bunga Citra Lestari atau BCL, tiba di rumahnya di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan, Jakarta, jam 7.33 pagi tadi (waktu tempatan).

Portal berita Kompas.com melaporkan, sebaik BCL turun dari van jenazah, raut wajahnya kelihatan pucat dan matanya sembab.

Penyanyi lagu Cinta Sejati itu kelihatan berdiam diri dan terus memasuki rumah.

Sementara itu, rumah itu dijaga ketat beberapa petugas yang berpakaian hitam.

Malah, bendera kuning turut dinaikkan sebagai tanda terdapat kematian dan dipasang di setiap sudut rumah.

Ashraf meninggal dunia 4.51 pagi tadi di Hospital MMC, Jakarta akibat serangan jantung.

Berita Berkaitan

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf
  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi
  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw
  • Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 10:31am
    d