mutakhir

Dua maut terhidu gas misteri

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

DUA nelayan warga asing maut, manakala dua lagi dikejarkan ke hospital selepas terhidu gas yang tidak dikenal pasti dalam sebuah bot pukat tunda di jeti nelayan Jalan Bagan 4, Sungai Besar, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian berlaku jam 2.50 petang mengakibatkan kedua-dua nelayan yang belum dikenal pasti identiti itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kami difahamkan, mangsa yang maut dipercayai terhidu gas yang bocor dari peti ais yang dijadikan tempat simpanan baja ikan di dalam bot itu.

"Manakala dua lagi rakan mereka pengsan," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat manakala dua lagi mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Disiarkan pada: February 19, 2020 @ 7:36pm
d