mutakhir

Terbaring berlumuran darah

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

WANITA ditemui mati dipercayai dibunuh di tempat letak kereta Jalan Merbah, Pusat Bandar Puchong Jaya, Puchong, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, anggota unit peronda (MPV) Balai Polis Puchong Jaya yang bertugas menjalankan rondaan menemui mayat mangsa 10.20 malam.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan terdapat kesan kelar di badan.

“Semakan lanjut pada Toyota Camry yang ditemui di lokasi kejadian mendapati ia milik wanita berusia 50-an beralamat di Puchong Jaya dipercayai mangsa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Serdang pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: February 20, 2020 @ 7:49am
d