mutakhir

Perhilitan siasat 'Sado Sungai Selangor'

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

GAMBAR buaya menyusuri sungai di Kampung Kuantan di Kuala Selangor yang tular di Facebook (FB) semalam disiasat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengarah Perhilitan Selangor Haidar Khan Mokbolhasan berkata, pihaknya sedang menyiasat kesahihan gambar itu.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan terlebih dahulu berhubung kesahihan gambar itu sama ada ia benar atau sebaliknya sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya.

Gambar bersama status itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang terkejut dengan saiz reptilia berkenaan.

Ada netizen menggelarkannya ‘Sado Sungai Selangor’.

Disiarkan pada: February 20, 2020 @ 3:08pm
d