mutakhir

Setinggan terbakar, ada penduduk terkorban

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

BEBERAPA penduduk dilaporkan maut dalam kebakaran setinggan di Kampung Seng Kee, dekat Sandakan, pagi tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian 6.30 pagi itu, butiran mangsa dan anggaran rumah yang musnah terbakar belum diperoleh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihaknya sudah memadamkan kebakaran dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Maklumat lanjut akan menyusul selepas ini.

Disiarkan pada: February 21, 2020 @ 10:42am
d