mutakhir

Bincang status peralihan kuasa?

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

MESYUARAT Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dijangka membincangkan status peralihan kuasa Perdana Menteri diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di Putrajaya, malam ini.

Mesyuarat dihadiri enam pemimpin utama iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bermula kira-kira 8.30 malam.

Lima pemimpin terbabit dilihat tiba di YKP seawal 8 malam disusuli Dr Mahathir yang tiba 8.27 malam.

Turut hadir mesyuarat berkenaan adalah 20 pemimpin parti komponen masing-masing, termasuk Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah.

Pada mesyuarat itu, tumpuan dijangka terarah kepada keputusan untuk memuktamadkan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar.

Terdahulu, Dr Mahathir memaklumkan beliau akan meletakkan jawatan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada hujung tahun ini.

Disiarkan pada: February 21, 2020 @ 9:41pm
d