mutakhir

'Budak kanyaq' jual ketum

Oleh Nor Farhani Che Ad

REMAJA lelaki berusia 18 tahun ditahan bersama 14 bungkus disyaki air ketum dalam operasi dilakukan di Jalan Sungai Limau, di Kulim, malam tadi.

Dalam sekatan pada jam 11.30 malam itu, remaja terbabit yang menunggang motosikal cuba berpatah balik selepas menyedari terdapat sekatan dilakukan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Nor, berkata remaja itu cuba membuang 14 bungkus air ketum namun gagal selepas tindakannya disedari pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut dalam raga motosikal jenis Honda EX5 menemui 14 bungkusan air ketum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Safuan berkata, pihaknya percaya air ketum itu dipercayai untuk dijual selain untuk kegunaan sendiri suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Disiarkan pada: February 22, 2020 @ 10:17am
d