mutakhir

Abdul Rahman sudah jumpa

Oleh Safuri Kamarudin

LELAKI OKU dari Kampung Telok Teduri, Mukim Pulai, Baling yang hilang sejak dua hari lalu ditemui selamat, hari ini.

Abdul Rahman Hamid, 51, ditemui di stesen minyak di Jalan Sungai Ular, Kulim pada 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa ditemui orang awam yang kemudian menghubungi keluarga mangsa yang menyebarkan maklumat kehilangan itu.

“Mangsa dipercayai mengalami gangguan ingatan dan gagal mencari jalan pulang ke rumah.

“Bagaimanapun disebabkan kehilangannya tular di merata-rata, dia akhirnya dikesan orang awam dan berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Penghulu Mukim Pulai, Badrul Hisham Che Li yang turut mencari mangsa berkata, dia bergegas bersama ahli keluarga mangsa ke stesen minyak itu selepas menerima panggilan berkenaan.

“Kami memberinya makan dan menukarkan pakaiannya. Syukur dengan penemuan ini. Kuasa viral membantu mangsa untuk ditemui dengan selamat,” katanya.

Berita berkaitan

Bantu cari Abdul Rahman...

Disiarkan pada: February 22, 2020 @ 7:45pm
d