mutakhir

Abang angkat direman tujuh hari

Oleh Balqis Jazimah Zahari

LELAKI disyaki memukul remaja perempuan dengan tukul sehingga maut, semalam ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia 24 tahun yang juga abang angkat mangsa disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita menunggu laporan bedah siasat mangsa dahulu dan suspek direman sehingga 29 Februari bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

A Asmadi berkata, polis turut merampas senjata digunakan, iaitu penukul dan kayu selain pakaian suspek.

Siti Sufiah Halim Ong, 18, ditemui meninggal dunia oleh ibunya yang mengejutkannya kira-kira 7.30 pagi semalam di Taman Desa Pakatan, Ipoh.

Berita berkaitan

Remaja maut dipukul abang angkat

Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 7:13pm
d