mutakhir

Pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti [METROTV]

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

PEMIMPIN tertinggi tiga parti hadir Majlis Makan Malam: Muafakat Ahli Parlimen di Hotel Sheraton, Petaling Jaya malam ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba jam 8 malam diikuti Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi yang tiba pada 8.10 malam dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 8.12 malam.

Selain itu, turut kelihatan hadir Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin.

Difahamkan, semua ahli parlimen parti berkenaan dipanggil memasuki bilik yang dipaparkan kain rentang ‘Majlis Makan Malam: Muafakat Ahli Parlimen’.

Dijangka beberapa pemimpin kanan parti akan hadir malam ini termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kehadiran kesemua pemimpin parti itu menguatkan lagi spekulasi pembentukan penjajaran semula kerajaan.

Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 8:36pm
d