mutakhir

Serahkan mandat kepada rakyat

Oleh Omar Ahmad

PILIHAN Raya Umum (PRU) adalah jalan terbaik bagi membentuk kerajaan baharu, ini kerana kerajaan yang dipilih pada hari ini (Pakatan Harapan) adalah pilihan rakyat pada PRU-14.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, adalah wajar memberi semula mandat kepada rakyat sekiranya mahu menukar kerajaan.

Katanya, sekiranya benar kerajaan yang akan dibentuk selepas ini datang dari pintu belakang, ia adalah pengkhianatan kepada rakyat.

“Kerajaan yang mendapat mandat daripada pilihan raya adalah yang terbaik, Saya yakin dan percaya rakyat bersama dengan keputusan itu kerana sekiranya kerajaan yang dibentuk selepas ini dari pintu belakang, ia satu pengkhianatan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sekolah Angkat Pintar UEM Sunrise di Iskandar Puteri, hari ini.

Aminolhuda berkata, beliau sudah bertemu dengan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah Amanah.

“Saya minta kata sokongan dan Alhamdulillah semuanya bersama dengan kita, cuma waktu ini kita melihat perkembangan terkini di peringkat nasional,” katanya.

Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 5:29pm
d