mutakhir

Bersatu Perak belum terima arahan

Oleh Balqis Jazimah Zahari

PUCUK kepimpinan Bersatu Perak setakat ini tidak menerima sebarang arahan susulan keputusan parti itu keluar dari Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pihaknya sudah mengetahui tentang keputusan keluar daripada PH itu melalui media sosial.

“Kita sudah mengetahui tentang keputusan keluar daripada PH itu melalui media sosial.

“Setakat ini tidak ada sebarang arahan pucuk pimpinan diterima mengenai situasi di Perak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya sedang menanti arahan dikeluarkan pucuk pimpinan bagi menentukan tindakan seterusnya.

Katanya, pihaknya akan terus bersama Muafakat Nasional menantikan sebarang kemungkinan.

Manakala, bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pula berkata, kerajaan Perak boleh disifatkan sebagai tergantung ekoran pengumuman Bersatu yang bertindak keluar PH.

“Perkara itu bagaimanapun bergantung kepada pembentukan kerajaan di peringkat pusat,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 6:49pm
    d