mutakhir

Semoga pemenangnya adalah rakyat - Tok Mat

Oleh Wartawan NSTP

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap dalam percaturan politik yang sedang berlaku ini, pemenangnya adalah rakyat, tanah air dan demokrasi.

Mohamad berkata, cita-cita dan aspirasi politik sesungguhnya adalah wajar, selama pandai menginsafi batasan etika dan nilai.

“Apa yang berlaku kelmarin dan beberapa hari mendatang akan mendatangkan dampak besar kepada Malaysia.

“Semoga Allah memelihara dan memberikan kesejukan kepada bangsa dan negara ini,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 8:34pm
    d