mutakhir

Ahli Parlimen Sri Gading tiba di Istana Negara

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

AHLI Parlimen Sri Gading daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Sharuddin Md Salleh dilihat tiba di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Wilayah dilihat tiba menaiki Perodua Bezza pada 11.05 pagi.

Beliau dipercayai akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan sokongan kepada pihak berkenaan untuk membentuk kerajaan baharu.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 11:32am
    d