mutakhir

PH Melaka tumbang?

Oleh Shamran Sarahan

“TERIMA kasih kepada semua kerana memberi peluang saya memimpin kalian,” kata Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam satu hantaran ringkas di Facebook, pagi hari ini.

Adly memberi reaksi itu memandangkan ketika ini, Pakatan Harapan (PH) yang menerajui kerajaan Melaka tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Walaupun tempoh itu singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan semua.

“Didoakan semua dirahmati Ilahi,” kata Adly lagi di akaun peribadi rasmi beliau di media sosial itu.

Pagi hari ini, Adly mengadakan mesyuarat khas PH negeri bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH negeri itu di DUN Melaka, Ayer Keroh.

PH pada asalnya memiliki 15 kerusi daripada 28 kerusi DUN, manakala pembangkang menguasai 16 kerusi.

Ketika ini, PH diwakili DAP, PKR dan AMANAH masing-masing mempunyai 13 kerusi DUN manakala BERSATU dua kerusi.

PH Melaka akan tumbang dan tidak lagi mendapat majoriti mudah dalam DUN sekiranya ADUN BERSATU dan PKR (yang menyebelahi Kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) keluar daripada pakatan itu.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 11:38am
    d