mutakhir

Dua juta batang rokok dirampas [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak merampas rokok dan minuman keras seludup membabitkan nilai lebih RM2 juta di dua lokasi berasingan.

Ia menerusi serbuan di Sitiawan, Perak dan Cheras, Selangor, masing-masing pada 12 dan 20 Februari lalu.

Pengarahnya, Dr Mohamad Saprin berkata, rampasan dibuat selepas hasil maklumat awam dan risikan.

Beliau berkata, pada serbuan pertama di sebuah rumah Sitiawan, Perak pada 12 Februari lalu, pihaknya merampas dua juta batang rokok.

“Pada serbuan kedua di Cheras, Selangor, kami merampas 6,888 tin dan 1,740 botol minuman keras dengan bernilai kira-kira RM125,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Wisma Kastam Ipoh di Ipoh, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 12:03pm
d