mutakhir

Pemimpin tertinggi parti berkumpul di Putrajaya

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

AHLI Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara beberapa pemimpin politik yang dilaporkan berada di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Beliau tiba dengan kenderaan persendirian pada 11.40 pagi dan turut diiringi dua kenderaan lain.

Buat masa ini, sudah ada beberapa pemimpin dari pelbagai parti memasuki pekarangan bangunan berkenaan bagi menemui Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara pemimpin yang dilihat memasuki bangunan berkenaan ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 12:22pm
    d