mutakhir

Serah kebijaksanaan Tun

Oleh Nazri Abu Bakar

KETUA Pemuda UMNO Melaka menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan perkembangan pimpinan pusat dan negeri.

Ketua Pemuda Negeri, Fairul Nizam Roslan berkata, sayap parti terbabit yakin dengan semua keputusan yang bakal disempurnakan Perdana Menteri adalah untuk faedah rakyat dan negara.

Menurutnya, perkembangan semasa kini sememangnya mendebarkan namun misi penting pemimpin tertinggi negara itu adalah untuk kebaikan yang sentiasa di nanti semua lapisan rakyat.

“Perbincangan dan persefahaman diyakini juga menjadi nadi kepada pembentukan kerajaan baru di Melaka.

“Perubahan landskap politik di Melaka diyakini berjalan lancar menerusi prinsip demokrasi selepas perkembangan semasa yang berlaku,” katanya.

Fairul berkata, perubahan di pusat bakal membabitkan perkara sama di peringkat negeri.

“Ia juga dilihat perkembangan positif, walaupun siapa sahaja yang akan dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu ia untuk manfaat bersama,”katanya.

Susunan kepemimpinan negeri berkenaan berubah susulan perkembangan politik semasa.

Ia membabitkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing mempunyai 13 kerusi DUN, manakala BERSATU dua kerusi di negeri ini.

Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 3:40pm
d