mutakhir

Polis siapsiaga demonstrasi di Dataran Merdeka

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

POLIS akan melakukan pemantauan di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur ekoran penganjuran demonstrasi di lokasi berkenaan, malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penganjuran demonstrasi itu.

“Kami dimaklumkan mengenai perkara itu selepas melihat poster yang tersebar. Justeru, sepasukan anggota akan ditempatkan di Dataran Merdeka malam ini untuk melakukan pemantauan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihaknya tidak ada menerima sebarang pemakluman berhubung demonstrasi berkenaan daripada penganjur.

Terdahulu, satu poster mengenai ‘Demostrasi mati, Ayuh turun ke Jalan’ itu yang memaparkan slogan ‘Rakyat mandiri! Nasib kita bukan dalam tangan para politikus tular di media sosial, hari ini.

Demonstrasi itu dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka jam 8.30 malam ini.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 6:38pm
    d