mutakhir

Kerajaan Perpaduan kurangkan 'politiking'

Oleh Adha Ghazali; Rohaniza Idris; Ahmad Johari Ali; Mohd Iskandar Ibrahim

PEMBENTUKAN kerajaan perpaduan membabitkan semua parti politik dilihat sebagai penyelesaian segera dalam menyelesaikan kemelut politik dihadapi negara ketika ini.

Penubuhan kerajaan tanpa pembangkang itu mampu memberi kelebihan kepada Perdana Menteri melantik anggota Kabinetnya berdasarkan kebolehan individu, bukan berasaskan latar belakang kepartian.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, pembentukan kerajaan perpaduan berupaya menterjemahkan konteks politik majmuk masa depan tanpa mengenepikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan menjelaskan, biarpun demokrasi memerlukan kewujudan parti politik, pelantikan anggota Kabinet tanpa dikongkong ideologi parti mampu membantu Perdana Menteri melaksanakan dasar kerajaan dengan berkesan.

“Saya berpendapat pembentukan kerajaan perpaduan ketika ini amat sesuai dan boleh dilaksanakan namun ia (anggota Kabinet) harus berasaskan kebolehan individu, bukan parti sekali gus menonjolkan kebolehan individu berkenaan.

“Bagaimanapun, pembentukan kerajaan perpaduan harus berkisarkan sehingga akhir penggal ini saja dan rakyat diberi semula pilihan memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya ketika dihubungi hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 7:19pm
    d