mutakhir

Putus tangan tersepit mesin

Oleh Zuhainy Zulkiffli

PEKERJA kilang di Jalan Bukit Panchor dekat Nibong Tebal, putus tangan kanan selepas tersepit dalam mesin, hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan kejadian itu pada 8.46 pagi.

Katanya, mangsa adalah lelaki berusia 51 tahun itu yang tangannya tersepit dalam mesin ketika menjalankan kerja memindahkan barang.

“Ketika bomba tiba, mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal.

“Anggota mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke Hospital Parit Buntar bagi tindakan lanjut, ” katanya.

Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 9:12pm
d