mutakhir

Tapir mati dilanggar

Oleh Ahmad Ismail.

SEEKOR tapir betina dianggarkan seberat 300 kilogram (kg) mati dilanggar kenderaan di tepi Lebuh Raya Segamat-Kuantan berhampiran persimpangan Felda Pemanis, Segamat, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya menghantar kakitangan ke lokasi kejadian jam 8.30 pagi.

Katanya, tapir itu dipercayai mati dalam kejadian berlaku antara tengah malam sehingga awal pagi tadi.

“Tapir itu mati dipercayai dilanggar lori berdasarkan penemuan serpihan lampu yang pecah.

“Keadaan jalan yang lurus dan gelap dipercayai punca kemalangan menyebabkan kematian haiwan itu yang jalan. Ini kejadian keenam tahun ini di Johor,” katanya hari ini.

Menurutnya, PERHILITAN menasihatkan pemandu sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan yang merentasi habitat hidupan liar selain peka dengan amaran papan tanda terutamanya ketika waktu malam atau awal pagi.

Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 10:04pm
d