mutakhir

Calon PM daripada PKR - Saifuddin

Oleh Suraya Roslan; Mohd Nasaruddin Parzi dan Muhammad Yusri Muzamir

PKR menyembahkan nama calon Perdana Menteri kelapan daripada parti itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Tanpa menamakan siapa, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan menamakan pemimpin daripada parti itu sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Calon itulah yang kami namakan dalam dokumen (Akuan Bersumpah) yang ditandatangani.

“Apa yang saya boleh bagitahu (nama itu) adalah daripada Keadilan (PKR),” katanya ketika ditemui media di Kuala Lumpur.

Beberapa Ahli Pemimpin PKR juga dilihat menyebut nama Anwar sebagai Perdana Menteri sebaik keluar daripada Istana Negara.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 26, 2020 @ 1:44pm
    d