mutakhir

Polis Selangor bersiap sedia kawal keselamatan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin dan Murnaena Muhammad Nasir

POLIS Selangor sentiasa bersiap sedia dalam apa jua situasi bagi mengawal keselamatan susulan senario politik semasa negara.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, beliau menyarankan masyarakat di Selangor supaya bertenang dan tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

“Kami sentiasa bersedia untuk memberi jaminan keselamatan. Alhamdulillah, buat masa ini keadaan terkawal dan masyarakat masih tenang.

“Biar proses demokrasi berjalan dengan lancar dan saya sarankan masyarakat supaya terus kekal bertenang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Neighbourhood Watch Kontinjen Selangor Siri 1/2020 di Hub Perindustrian Suntracks, Bangi, hari ini.

Noor Azam berkata, pihaknya sentiasa melakukan kawalan dan bersiap sedia biarpun keadaan masih terkawal.

“Saya minta orang ramai untuk memberi kerjasama kepada pihak polis,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 26, 2020 @ 1:49pm
    d