mutakhir

Dua jam menghadap Agong

Oleh Suraya Roslan

AHLI Parlimen DAP selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong dan dilihat keluar dari pintu dua Istana Negara, 4.20 petang, hari ini.

Semua 42 pemimpin DAP itu mengambil masa lebih dua jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, kesemua mereka yang berada dalam bas hanya melambai dan tersenyum kepada petugas media tanpa sebarang kenyataan diberikan.

DAP dipercayai rombongan terakhir menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, sumber berkata, semua ahli parlimen mewakili setiap parti selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong selama dua hari bermula semalam.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 26, 2020 @ 8:39pm
    d