mutakhir

Warga Perancis maut di Bukit Tabur

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SEORANG warga Perancis berusia 26 tahun ditemui maut dipercayai terjatuh di puncak Bukit Tabur, Ampang, dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4 petang sebelum menggerakkan 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Ampang serta Wangsa bagi melakukan operasi.

“Mayat mangsa dijumpai pada jam 6.45 petang tadi. Mengikut maklumat pasukan operasi, mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, anggota penyelamat kini dalam proses membawa turun mangsa.

“Operasi sedikit sukar kerana keadaan laluan curam dan keadaan di bukit berkenaan gelap,” katanya.

Disiarkan pada: February 26, 2020 @ 8:41pm
d