mutakhir

Remaja cari bapa jadi wali nikah

Oleh Asrol Awang

SEORANG remaja yang bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan depan berharap dapat menemui ayah kandung untuk menjadi wali pernikahannya.

Mastura Yanto, 21, dari Felda Chini 1, Pekan, berkata dia tidak pernah mengenali ayahnya, Yanto Mohd, 62, kerana masih kecil ketika ibu bapanya berpisah pada 2004.

“Saya difahamkan ayah berasal dari Indonesia, tetapi memperoleh taraf pemastautin tetap. Ayah dikatakan bekerja di ladang kelapa sawit di sekitar Felda Chini.

“Selepas berpisah dengan emak, keluarga kami terputus hubungan dengan ayah dan tidak mempunyai cara untuk menghubunginya,” katanya di Kuantan, hari ini.

Sehubungan itu, Mastura mengharapkan bapanya dapat tampil ke Mahkamah Syariah Pekan pada 13 Mac ini bagi urusan pernikahan.

Katanya, mereka yang mengenali Yanto boleh menghubunginya di talian 011-17885221.

Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 2:16pm
d