mutakhir

Sultan Ibrahim kembali bersemayam

Oleh BERNAMA

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar selamat kembali dan bersemayam, mulai Selasa lalu.

Pengumuman itu dibuat Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli menerusi Percanangan Dalam Bil: 1/2020, bertarikh 25 Februari lalu.

“Jumaah Majlis Diraja Johor mengumumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Datul Takzim, selamat kembali dan bersemayam di atas takhta kerajaan Johor mulai 25 Februari 2020.

“Daulat Tuanku. Allah Peliharakan Sultan,” menurut Abdul Rahim menerusi Percanangan Dalam berkenaan.

Terdahulu, pada 11 Ogos lalu, Sultan Ibrahim berkenan melantik anakanda baginda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai Pemangku Raja Johor, pada majlis pelantikan yang diadakan di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Sultan Johor bertitah Tunku Ismail diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugas dan mentadbir negeri Johor, serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada Raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Baginda bagaimanapun, tidak menyatakan sebab mengapa pelantikan itu dibuat. - BERNAMA

Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 5:25pm
d