mutakhir

PH Johor dakwa ada sokongan 28 ADUN

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

PAKATAN Harapan (PH) Johor mendakwa mendapat sokongan daripada 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan dalam satu sidang media sebentar tadi berkata, sokongan itu daripada ADUN DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Turut hadir, ADUN Simpang Jeram yang juga Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub bersama 28 ADUN terbabit.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 9:52pm
    d