mutakhir

[UPDATE] Kru helikopter, penumpang selamat

Oleh Abdul Rahemang Taiming 

KRU dan orang awam yang berada dalam helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika terhempas di Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau hari ini selamat.

Difahamkan, juruterbang (pegawai berpangkat Deputi Superintendan), pembantu juruterbang (pangkat Asisten Superintendan), tiga anggota pangkat rendah serta seorang jurutera (orang awam) terselamat dalam nahas pada 6.30 petang itu.

Helikopter jenis Agusta Westland AW139 dengan nombor pendaftaran 9M-PMC itu dikatakan sedang dalam tugasan rutin ‘Op Taring’ berlepas dari Lahad Datu ke Tawau pada tengah hari tadi.

Ia dijadualkan berlepas semula dari Tawau pada 7.28 malam ini sebelum gagal dikesan dari data pangkalan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi berkata, semua mangsa terbabit dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk pemeriksaan.

Berita berkaitan

Helikopter PDRM terhempas

Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 10:31pm
d