mutakhir

MB baharu angkat sumpah hari ini?

Oleh Mohamed Farid Noh

SEKUMPULAN media negeri ini berkumpul di hadapan pagar Istana Bukit Serene, selepas desas-desus mengatakan Menteri Besar baharu akan mengangkat sumpah petang ini.

Beberapa media berkumpul sejak jam 3 petang tadi di depan pintu utama pagar istana berkenaan.

Difahamkan beberapa pemimpin utama UMNO sudah berkumpul di sebuah hotel di sini, sebagai persediaan.

Sumber parti berkenaan yang dihubungi bagaimanapun tidak mengesahkan acara angkat sumpah itu namun menyatakan mereka sudah bersedia untuk apa juga kemungkinan.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 28, 2020 @ 4:42pm
    d