mutakhir

Mayat pencari ambal hilang ditemukan

Oleh Norsyazwani Nasri

MAYAT lelaki yang hilang ketika mencari ambal di pantai Kampung Sambir, Asajaya, Rabu lalu ditemukan pagi tadi.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, mayat Mohiden Mohamad, 44, dijumpai terapung di Kampung Tambirat pada jam 9.26 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai oleh penduduk Kampung Tambirat dan disahkan oleh ahli keluarga mangsa.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 6.50 petang Rabu lalu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan jam 7 pagi semalam termasuk menggunakan anjing pengesan dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Disiarkan pada: February 28, 2020 @ 5:06pm
d