mutakhir

Mat Sabu, Guan Eng ke Istana Negara semula

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

SEBUAH kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dilihat masuk semula ke Istana Negara sejurus selepas meninggalkan pekarangan itu sebentar tadi.

Mohamad bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat memasuki Istana Negara jam 11.50 pagi.

Selain itu, kenderaan membawa Pengarah Strategi Parti Amanah Datuk Dr Dzulkefly Ahmad turut dilihat memasuki Istana Negara namun keluar semula 10 minit kemudian.

Dr Dzulkefly yang dihampiri petugas media membuka tingkap kenderaan dan memberitahu sudah mempersembahkan nama calon Perdana Menteri kelapan.

“Kami sudah mengemukakannya. Terima kasih dan doakan kami,” katanya ringkas.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 29, 2020 @ 12:38pm
    d