mutakhir

Masalah selesai dengan pelantikan PM8 - Annuar Musa

Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

“MASALAH selesai mengikut perlembagaan dan peraturan, Alhamdulillah pelantikan Perdana Menteri selesai,” kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan, rakyat tidak lagi dalam keadaan tertanya-tanya.

“Tiada kenyataan terperinci takut salah tafsir, hanya ucapan syukur dapat melihat proses berjalan dengan baik, itu saja saya boleh jawab,” katanya.

Ditanya ucapan kepada Tun Dr Mahathir, Annuar enggan mengulas tetapi menganggap mereka tetap satu keluarga.

“Jangan terlalu gembira, selepas ini kita kena bantu Perdana Menteri membangunkan negara,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 29, 2020 @ 6:09pm
    d