mutakhir

'Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...' - Azmin

Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

“ALHAMDULILLAH, Alhamdulillah, Alhamdulillah.” Itu ucapan ringkas bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Mohamed Azmin dilihat tersenyum keluar dari kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 5 petang hari ini.

Selain Mohamed Azmin, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata, usaha mereka akhirnya membuahkan hasil.

“Alhamdulillah. Kerja keras kita selama seminggu berjaya angkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 29, 2020 @ 6:29pm
    d