mutakhir

GPS sokong Muhyiddin, mesra Perikatan Nasional

Oleh Mohd Roji Kawi

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendiriannya untuk menjadi entiti politik Sarawak yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan tanpa menyertai Perikatan Nasional.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, pendirian itu mereka tetapkan demi kepentingan negara dan menyelamatkan Malaysia daripada ketidakstabilan politik tanpa mengorbankan kepentingan Sarawak.

“GPS mengucapkan tahniah kepada Tan Sri (Muhyiddin) kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan hari ini oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Bagaimanapun, merujuk kepada satu sidang akhbar oleh beliau (Muhyiddin) perlu dijelaskan

bahawa Gabungan GPS bukanlah ahli Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, malam ini.

Menurutnya, ketika ini GPS hanya akan menjadi parti politik yang mesra kepada Perikatan Nasional.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 29, 2020 @ 8:25pm
    d