mutakhir

Dua cedera bas 'terjun' cerun

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

SEKURANG-KURANGNYA dua cedera selepas bas milik universiti awam hilang kawalan dan terbabas ke cerun berketinggian 30 meter dekat Rancangan Penempatan Sementara (RTS) Legap di Kuala Mu, Sungai Siput, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kejadian berlaku dipercayai akibat bas itu yang mengalami masalah brek.

Katanya, panggilan kecemasan kejadian itu diterima pada 6.20 petang.

“Setakat 8.21 malam, dua mangsa cedera manakala, jumlah keseluruhan mereka yang terbabit belum dapat dipastikan.

“Kesemua mangsa keluar sendiri dibantu orang awam, sebelum ketibaan bomba di lokasi.

“Bagaimanapun, operasi pemantauan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput.

Disiarkan pada: February 29, 2020 @ 9:36pm
d