mutakhir

VVIP berkumpul di rumah Muhyiddin, Yayasan al-Bukhary [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

PRESIDEN tiga parti politik dan beberapa Ahli Parlimen hadir ke kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Bukit Damansara, di Kuala Lumpur, hari ini.

Mereka tiba sekitar 8.30 pagi untuk bertemu Muhyiddin yang akan ke Istana Negara bagi mengangkat sumpah Perdana Menteri kelapan.

Antara yang hadir adalah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut hadir, bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Dalam perkembangan sama, satu sidang media dijangka berlangsung 9.30 pagi ini di Yayasan al-Bukhary lokasi pertemuan Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 9:22am
    d