mutakhir

Muhyiddin keluar dari Istana Negara

Oleh Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim

PERDANA Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara sebaik selesai mengangkat sumpah, pagi ini.

Kenderaan Proton Perdana membawa Muhyiddin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara jam 12.07 tengah hari untuk pulang ke rumahnya di Bukit Damansara.

Kedua-duanya sempat melambaikan tangan dan tersenyum ke arah petugas media yang menunggunya di luar pintu utama Istana Negara.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kelapan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Majlis di Singgahsana Kecil Istana Negara itu turut menyaksikan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh melahirkan setia dan sumpah simpan rahsia di hadapan Agong.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 12:15pm
    d