mutakhir

GB4B harap PM tidak pinggirkan belia

Oleh Amir Mamat

GERAKAN Belia 4B Malaysia (GB4B) berharap pergerakan belia di negara ini akan sentiasa mendapat perhatian Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Mohd Nizam Omar berkata, ia termasuk tidak meminggirkan suara komuniti belia memandangkan golongan itu adalah kelompok terbesar di negara ini.

"Kami harap Tan Sri Muhyiddin tidak akan meminggirkan golongan belia khususnya ketika Kabinet baharu yang bakal dibentuk kelak.

"Kami mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan dan yakin beliau dapat menggalas tanggungjawab itu dengan baik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan petang semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dilaporkan berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 12:55pm
    d