mutakhir

PM Singapura ucap tahniah

Oleh BERNAMA

PERDANA Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

“Telah bercakap dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengucapkan tahniah kepada beliau,” ciapnya di Twitter.

“Saya yakin hubungan yang telah lama wujud dan kepelbagaian antara Singapura dan Malaysia akan terus berkembang di bawah kepimpinannya dan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Presiden Bersatu itu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara hari ini.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 5:45pm
    d