mutakhir

Lima laporan hina Agong diterima

Oleh Ruwaida Md Zain

SEKURANG-kurangnya lima laporan diterima berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang dimuat naik di media sosial setakat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, bagaimanapun, ia dirujuk pada daerah lain yang sudah menerima laporan polis terdahulu.

“Jadi kita kumpul dan rujuk kepada daerah berkenaan.

“Pihak Bukit Aman juga menjalankan siasatan terhadap kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah terkini laporan polis berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap YDPA.

Sementara itu katanya, beliau mengesahkan penangkapan seorang individu yang terbabit dalam insiden kekecohan membabitkan Naib Presiden, Tian Chua, di Ibu Pejabat PKR, kelmarin.

“Polis ada buat tangkapan ke atas seorang individu dan polis masih menyiasat video terbabit untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Disiarkan pada: March 2, 2020 @ 5:08pm
d