mutakhir

Kedudukan Norhizam akan ditentukan

Oleh Amir Mamat

KEDUDUKAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai ahli DAP akan ditentukan sedikit masa lagi.

Naib Pengerusi DAP negeri, Khoo Phoay Tiong berkata, parti itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan Norhizam yang mengesahkan menyertai Perikatan Nasional (PN) hari ini.

“Perkara ini akan dibincangkan di peringkat Pusat dan parti akan keluarkan kenyataan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hari ini, Norhizam yang juga Timbalan Pengerusi DAP Melaka mengumumkan menyertai gabungan PN dalam satu sidang media.

Beliau dilaporkan berkata, tindakan itu diambil bagi menyokong PN demi orang Melayu.

Pada sidang media itu juga, Norhizam dipetik berkata, bersedia berdepan sebarang tindakan parti terhadapnya.

“Itu antara saya dengan parti. Saya bersedia dengan semua kemungkinan,” katanya dilaporkan.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 2, 2020 @ 8:51pm
    d