mutakhir

Mayat wanita terbaring tepi bangunan

Oleh Juwan Riduan

PENGUNJUNG sebuah pusat beli belah di Penampang digemparkan dengan penemuan mayat wanita dalam keadaan terbaring di lorong belakang bangunan berkenaan pada malam ini.

Mayat wanita berusia 33 tahun itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis pada 7.18 malam.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sebaik menerima maklumat daripada orang awam, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

“Siasatan awal mendapati seorang wanita ditemui dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang ke tempat kejadian.

“Punca kematian belum dikenal pasti dan mangsa bukan terjatuh dari bangunan kerana pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan teruk atau mangsa mengalami patah tulang.

“Bagaimanapun, mayat itu sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Haris berkata, pihaknya percaya mangsa adalah warga asing dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: March 2, 2020 @ 10:10pm
d