mutakhir

Menangi Shell Helix selama tiga tahun untuk perjalanan lebih jauh

Oleh Lizam Ridzuan

DALAM kehidupan pasti ada pasang dan surutnya, umpama air di laut. Ada hari yang menceriakan dan mudah, namun ada juga hari yang memenatkan serta sukar.

Sebagai contoh, perjalanan bercuti bersama teman rapat pasti meriah dan menyeronokkan. Perjalanan pulang ke kampung halaman pula, meskipun jauh tetap berbaloi kerana dapat bertemu ibubapa, keluarga dan sanak saudara.

Apa yang pasti walaupun sesukar atau sejauh mana jalan yang ditempuh, kita pasti dapat mengharunginya dengan dorongan teman rapat yang memberi semangat serta menemani sehingga sampai ke destinasi dituju.

Paling penting ialah kita memerlukan minyak enjin yang boleh dipercayai dalam memastikan perjalanan yang lancar agar tiba dengan selamat.

Seperti mana sedia maklum, Shell sentiasa berusaha melakukan inovasi dalam menawarkan pengalaman pemanduan terbaik kepada semua pemilik dan pengguna kenderaan di seluruh dunia.

Minyak Shell Helix sintetik sepenuhnya menggunakan teknologi PurePlus; proses revolusionari yang menghasilkan minyak asas daripada gas asli dengan 99.5% bebas bendasing dan menjadikannya bersih sejernih air. Ini membantu untuk penjagaan enjin lebih baik serta tahan lama.

Melalui minyak enjin Shell Helix, anda akan dapat merasakan pengalaman pemanduan yang berbeza iaitu:

Prestasi enjin ketika suhu ekstrem

Shell Helix Ultra dengan teknologi PurePlus kekal tahan lebih lama untuk tempoh lebih panjang ketika suhu tinggi yang melampau. Ia memberikan ketahanan yang tinggi terhadap kadar penurunan kualiti minyak – sehingga 32% lebih baik berbanding standard industri terkini1.

Perlindungan enap cemar tidak terjejas

Minyak enjin Shell Helix juga membantu melindungi enjin berprestasi tinggi daripada enapan yang menghalang prestasi dan kuasa pada kenderaan.

Formula penyejatan yang rendah membantu menjimatkan masa dan wang

Ia juga mengurangkan kadar kehilangan minyak akibat penyejatan sehingga 50 peratus lebih rendah berbanding dengan minyak enjin lain2. Mengapakah ini penting? Kerana formulasi minyak sintetik dengan penyejatan rendah bermakna anda tidak perlu menambah minyak enjin dengan lebih kerap yang juga menjimatkan masa dan wang.

Penjimatan bahan api lebih baik

Kurangnya geseran di antara komponen enjin kenderaan memudahkan enjin berfungsi dengan baik tanpa perlu menggunakan tenaga bahan api yang lebih. Shell Helix dengan teknologi PurePlus juga memiliki formulasi kelikatan bahan api rendah yang menghasilkan penggunaan petrol lebih jimat sehingga tiga peratus3.

Terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia yang menjadikan minyak enjin Shell sebagai pilihan No.1 Jenama Minyak Enjin Kereta Penumpang di Malaysia4.

Untuk membalas kepercayaan pelanggan yang sentiasa menyokong, Shell kini menawarkan peluang untuk menangi minyak enjin percuma selama tiga tahun bagi lebih kelegaan kepada pengguna dalam mengharungi perjalanan harian.

Bagaimana anda mahu sertainya? Caranya mudah sahaja melalui proses yang ringkas ini:

a) Mendaftar keahlian Shell Advantage Rewards (SHARE) di sini.

b) Anda akan mendapat kod diskaun RM10 untuk Helix Ultra (4L), HX8 (4L) dan Eco (3.5L).

c) Melalui kod itu pelanggan boleh menebusnya dengan penukaran minyak enjin Shell Helix di cawangan bengkel SHARE terpilih di seluruh negara .

d) Selepas itu anda sudah dalam peringkat pemilihan untuk peluang memenangi minyak enjin percuma5 selama tiga tahun. (Tertakluk kepada terma dan syarat)

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 April ini dan untuk maklumat lanjut boleh layari Shell Malaysia .

1 Berbanding dengan spesifikasi API SN dan berdasarkan urutan IIIG pengoksidaan ujian

2 Berdasarkan ujian volatiliti ASTM D5800 NOACK

3 Berdasarkan keputusan ujian penjimatan bahan api ACEA M 111 dibandingkan dengan minyak rujukan industri

4 Berdasarkan kajian penyelidikan pasaran untuk Shell

5 Tertakluk terma dan syarat

Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 10:09am
d