mutakhir

Lelaki direman 7 hari kes tikam, gilis

Oleh Zuhainy Zulkiffli

LELAKI berusia 45 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh penjual alat ganti motosikal di Taman Impian Ria, Machang Bubok, Bukit Mertajam, Isnin lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Bukit Mertajam Nor Hapipah Abdullah bermula hari ini hingga 10 Mac.

Suspek ditahan polis semalam, akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Harian Metro semalam melaporkan Leow Choong Leong, 39, meninggal dunia selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam pergaduhan pada 9.50 malam.

Mangsa ditemui dalam keadaan parah dengan kesan tikaman di badan.

Berita berkaitan

Maut ditikam, digilis MPV

Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 1:38pm
d